Monday, July 28, 2008

fikir-fikirkanlah..

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu.Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab.Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal.Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut.

Lebih kuat kita berusaha lebih bernasib baiklah diri kita. Apabila kita bekerja kuat, maka peluang untuk kita memperolehi kejayaan semakin cerah.


Jadi, orang yang rajin lebih bernasib baik kerana dia sendiri yang berikhtiar dan mengukir peluang ketika orang lain sudah berputus asa dan mengalah.

Nasib kita bukan ditentukan oleh tarikh lahir atau yang seumpamanya. Ia ditentukan oleh sejauh mana kuatnya kita berusaha. Semakin kuat kita berusaha semakin baiklah nasib kita.

No comments: