Saturday, January 10, 2009

jabir ibnu hayyan...bapa kimia dunia

Bapa Ilmu Kimia Dunia, Abu Musa Jabir Ibnu Hayyan, banyak memberi sumbangan kepada proses menyediakan pelapisan bahan antiair pada pakaian serta campuran bahan cat dan gris.


Selain itu, beliau mengembangkan teknik peleburan emas dengan menggunakan bahan aqua regia. Idea eksperimen Jabir sekarang menjadi dasar untuk mengklasifikasikan unsur kimia terutama pada bahan logam, bukan logam, dan penguraian bahan kimia.Beliau merumuskan tiga bentuk berbeza daripada bahan kimia berdasarkan unsur-unsurnya:



  • Cecair (spirit), yakni yang mempengaruhi pengewapan pada proses pemanasan, seperti pada bahan kapur barus (camphor), arsenik, dan ammonium klorida.

  • Logam, seperti emas, perak, timah, tembaga, besi.

  • Bahan campuran, yang boleh ditukar menjadi serbuk.

Jabir cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah dan diabadikan sehingga kini. Ada 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya daripada bahasa Arab) dan ilmu kimia.


Pada abad pertengahan, risalah Jabir dalam bidang ilmu kimia, termasuk kitabnya yang masyhur iaitu Kitab Al-Kimya dan Kitab Al-Sab'een, diterjemahkan ke bahasa Latin.


Bahkan terjemahan Kitab Al-Kimya diterbitkan oleh orang Inggeris, Robert Chester pada 1444, dengan judul The Book of the Composition of Alchemy.


Pemikir Barat, Max Mayerhaff, dalam tulisannya ada menyebut bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah, maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya Jabir Ibnu Haiyan.


Tegasnya, Jabir adalah seorang pelopor dalam beberapa bidang pengembangan ilmu kimia gunaan.


Sumbangan beliau termasuk juga dalam pembangunan keluli, penyediaan bahan logam, bahan antikarat, tinta emas, penggunaan bijih mangan dioksida untuk pembuatan kaca, bahan pengering pakaian dan penyamakan kulit.

No comments: